Thursday 12 April 2012

Perbezaan bahagian kromosom, kitar sel dan sitokinesis

Apa itu Kromosom ?
- Kromosom merupakan unit asas DNA dalam sesuatu sel.


Kromatid pula ?
- Salah satu daripada dua salinan DNA yang membentuk kromosom diulang, yang dicantum pada sentromer, untuk proses pembahagian sel.

Kromatin ?
- Struktur bebenang panjang yg mengandungi bahan genetik DNA.



Kitar Sel ..





Kitar sel ialah suatu tempoh bermulanya peringkat sel baru dihasilkan sehinggalah peringkat sel tersebut selesai membahagi dan menghasilkan dua sel anak. Kitar sel dibahagikan kepada fasa interfasa dan fasa mitosis atau fasa M. Interfasa merupakan peringkat sel mengalami pertumbuhan dan untuk pembahagian sel yang seterusnya. Ianya juga dibahagikan kepada 3 fasa iaitu G1(pertumbuhan pertama), S(fasa sintesis) dan G2(fasa pertumbuhan kedua). Fasa M pula terbahagi kepada 4 iaitu Profasa, Metafasa, Anafasa dan Telofasa. Semasa profasa, kromosom kelihatan lebih tebal dan pendek. Gentian gelendong mula terbentuk dan memanjang dalam sitoplasma. Setiap pasangan sentriol berpindah ke kutub sel bertentangan. Pada akhir profasa, membran nukleus dan nukleolus hilang. Metafasa bermula apabila sentromer semua kromosom tersusun sebaris di tgh2 sel. Semasa anafasa, sentromer membahagi kepada 2 dan kromatid kembar berpisah. Pada akhir anafasa, setiap kutub sel mempunyai kromosom yg lengkap. Telofasa bermula apabila kedua2 set kromosom tiba di kutub sel bertentangan. Kromosom membuka lingkarannya dan menjadi lurus serta gentian gelendong dan membran nukleus muncul semula.


Sitokinesis ..










Sitokinesis ialah pembahagian sitoplasma. Ianyan berlaku selepas peringkat telofasa. Bagi sel haiwan, sitokinesis berlaku apabila membran plasma mencerut di bahagian tengah sel hingga putus. Bagi sel tumbuhan, citokinesis bermula apabila vesikel2 berkumpul di bahagian tengah sel di antara 2 nukleus. Vesikel2 ini akn brcantum dan membentuk plat sel. Plat sel berkembang ke arah luar sehingga bercantum dgn membran plasma yg asal lalu membahagikan kedua2 sel anak. Setelah selesai, sel baru akn memasuki fasa G1 peringkat interfasa semula.



sekian sahaja !

No comments:

Post a Comment