1. Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 5 dan Aktiviti 6?
( 100 patah perkataan)
Berikan dua kekeliruan yang kamu hadapi?
- Semasa mempelajari Aktiviti 5 dan Aktiviti 6, terdapat kekeliruan yang saya hadapi. Antaranya saya tidak berapa faham dan kurang jelas temtamg sitokinesis. Apakah tujuan melakukan sitokinesis? Bagaimanakah terjadi sitokinesis pada haiwan dan sel manusia. Apakah keadaan diploid anak pada akhir proses sitokinesis ini. Selepas berakhirnya proses sitokinesis, proses apakah yang akan terjadi selepas itu.
- Selain itu, saya ingin tahu lebih lanjut tentang apakah kepentingan mitosis kepada kita? Apakah tujuan sebenar melakukan proses ini dan adakah mitosis ini berlaku pada semua hidupan. Jika proses mitosis ini berlaku pada tumbuhan, pada bahagian manakah inya berlaku secara aktif. Saya harap agar persoalan saya ini boleh dijawab dengan baik.
Saya mencadangkan Haszuraazlin a.k.a Zura untuk menjawab kekeliruan ini.
2. Apakah tanggapan pertama anda mengenai Mitosis? (100 patah perkataan)
Pertama kali saya mendengar tentang mitosis, saya terfikir bahawa ianya memerlukan proses yang sukar untuk dijalankan. Saya juga berasakan bahawa proses mitosis adalah proses yang penting sekali kepada manusia dan haiwan. Tanggapan pertama saya juga, saya tertanya2 bagaimana kehidupan kita juka tidak menjalankan proses mitosis ini. Adakah kita masik boleh meneruskan kehidupan seharian kita. Ketika kali pertama saya melihat gambar sebenar mitosis pada peringkat profasa, metafasa, anafasa dan telofasa, saya menjangkakan bahawa ianya adalah bakteria. Gambar mitosis yang sebenar tidak menunjukkan proses mitosis dengan jelas dan sebab itulah saya berfikir sebegitu. Sekarang ini barulah saya faham tentang proses mitosis dan peringkat2nya.
3.Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Mitosis? ( 150 patah perkataan)
Mitosis boleh ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak. Setiap sel anak itu mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan sel induk Proses mitosis ini amatlah penting kepada kita dan ianya berlaku dalam sel badan kita dan juga berlaku dalam tumbuhan. Ianya membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat. Pembahagian sel dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu pembahagian nukleus dan pembahagian sitoplasma. Pembahagian nukleus ialah pembahagian sama rata kromosom yang telah disintesis kepada dua sel anak. Pembahagian sitoplasma juga dikenali sebagai sitokinesis. Terdapat empat peringkat dalam proses mitosis, iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Setiap peringkat ini memainkan peranan yang penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam proses mitosis. Peringkat2 ini tidak berasingan tetapi ianya merupakan satu proses yang berterusan. Sel perlu membahagi dengan sempurna, teratur dan terkawal. Sel anak yang baharu juga perlulah memperoleh bilangan kromosom yang sama. Pembahagian sel perlu berlaku dengan tepat kerana maklumat genetik yang dibawa oleh kromosom diperlukan untuk sel berfungsi dengan sempurna..
4.Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai Mitosis yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda? ( 50 patah perkataan)
Mitosis sememangnya adalah proses yang amat penting kepada kita. Ia juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, apabila kulit kita tercedera, pembahagian sel membantu kita untuk menyembuhkan kecederaan tersebut. Dengan cara yang sama, sel rambut dan sel kuku baharu terbentuk untuk menggantikan rambut yang gugur dan kuku yang patah. Mitosis tidak terkawal juga boleh menyebabkan kanser. Sel kanser yang tidak dimusnahkan akan membahagi secara tidak terkawal membentuk tumor. Tumor akan menyerang dan memusnahkan sel2 bersebelahan yang normal.
5 link rujukan :-
- http://en.wikipedia.org/wiki/Mitosis
- http://www.cellsalive.com/mitosis.htm
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Mitosis
- http://www.golsonscience.com/cells/mitosis.htm
- http://www.wellcome.ac.uk/Education-resources/Teaching-and-education/Big-Picture/All-issues/The-Cell/Image-galleries-Aspects-of-imaging/WTDV030896.htm
tanuki menari tarian apa tu? hehe.nice job
ReplyDeletetarian ngajat .. haha
Deleteaku? haha. jap fikir.
ReplyDeletesedang berfikir kah ? haha
DeleteFasa Telofasa mitosis dan meiosis kemudian diikuti oleh proses sitokinesis untuk menghasilkan dua atau empat sel anak. Sitokinesis yang berlaku pada sel haiwan dan sel tumbuhan adalah berlainan. Perbezaan sitokinesis antara sel haiwan dan sel tumbuhan adalah seperti yang berikut:
ReplyDeleteSel haiwan
Sitokinesis berlaku melalui pencerutan membran plasma di bahagian tengah sel; pencerutan akan berlaku sehingga dua atau empat sel anak terbentuk.
sel tumbuhan ;
Sitokinesis bermula dengan pembentukan plat sel di tengah-tengah sel; plat itu terus berkembang ke arah luar sehingga sampai di membran plasma dan menjadi lengkap apabila dinding sel baru terbentuk di antara dua nukleus baru.
MITOSIS
Sel badan organisma boleh dibahagi kepada sel soma dan sel gamet.
Sel soma terhasil melalui proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis.
Bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma sesuatu organisma sentiasa tetap. akan tetapi, sel soma bagi organisma berlainan mengandungi bilangan kromosom yang tidak sama. Misalnya, sel soma jagung mempunyai 20 kromosom dan sel soma bari-bari mempunyai 8 kromosom.
Bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. Bilangan kromosom diploid atau 2n dalam sel soma manusia ialah 46.
Sel gamet atau sel pembiakan pula mengandungi hanya satu set kromosom atau haploid (n) di dalam setiap sel. Jadi bilangan kromosom dalam sel gamet manusia ialah 23.
Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan bilangan kromosom dan kandungan genetik nukleus sel induk.
Melalui mitosis, nukleus sel anak yang baru terbentuk akan mempunyai kromosom yang seiras dan dengan itu kandungan gen yang serupa seperti yang dipunyai oleh nukleus induk. Bilangan kromosom yang sama seperti sel induk juga dikekalkan dalam sel anak.
Jadi pembahagian sel secara mitosis menjamin sel anak yang terbentuk seiras dengan sel induk dan ciri ini penting bagi memastikan sel yang terhasil tidak mengalami sebarang perubahan dari segi kandungan genetik dan bilangan kromosom dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Mitosis pada tumbuhan berlaku secara aktif di tisu meristem di hujung akar (meristem akar) dan di hujung pucuk (meristem apeks). Sel meristem juga terdapat di hujung mata tunas ketiak, mata tunas pucuk, kambium vaskular dan kambium gabus (meristem gabus).
Pembahagian sel yang pesat di sel-sel meristem membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat.
Pertumbuhan pada haiwan berlaku di seluruh badan dan bukan terhad di kawasan tertentu seperti pada tumbuhan.
Kulit manusia mempunyai satu lapisan Malphigi yang mengalami mitosis bagi menghasilkan sel kulit yang baru untuk menggantikan sel yang cedera dan mati. Lapisan Malphigi juga menambah luas permukaan kulit semasa proses pertumbuhan berlaku.
SEKIAN, SILA JAWAB SEMUA SOALAN AKU PULAK.
THANKS.
wow.. lapisan malphigi ? haha.. amende le pulak nye tu.. thanks btw cause answer me ~
Deletebagaimanakah pembahagian sel memastikan bilangan kromosom dikekalkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya?
ReplyDelete