Friday 20 April 2012

Peningkatan Asas aktiviti 7 dan 8

1. Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 7 dan Aktiviti 8?
( 70 patah perkataan)

Terdapat kekeliruan yang saya hadapi semasa mempelajari Aktiviti 7 dan Akitiviti 8. Antaranya ialah saya keliru mengapakah pada peringkat meiosis yang pertama, iaitu pada metafasa I, terdapat sepasang kromosom yang tersusun di bahagian tengah sel tetapi pada peringkat meiosis yang kedua pula, terdapat hanya 1 kromosom sahaja. Selain itu, saya juga tertanya2 apakah yang akan berlaku sekiranya kromatid kembar tidak terpisah semasa peringkat anafasa. Adakah perkara ini akan membawa pengaruh kepada pembentukan zigot ataupun tidak. Saya harap agar pertanyaan saya dapat dijawab dengan jelas.

Saya mencadang kan http://nadzangellauzz.blogspot.com/ utk menjawab pertanyaan saya.




2. Apakah  tanggapan pertama anda mengenai Meiosis? (70 patah perkataan)

Apabila kali pertama saya melihat proses meiosis, saya berfikir bahawa DNA bagi setiap kromosom akan bereplikasi dua kali. Perkara yang menyebabkan saya berfikir seperti ini adalah kerana pada proses meiosis, sel mengalami dua pembahagian nukleus. Ternyata tanggapan saya selama ini adalah salah. Saya juga berfikir bahawa meiosis pada peringkat kedua mempunyai cara tersendiri untuk melakukan pemisahan, ternyata proses meiosis pada peringkat kedua adalah serupa seperti peringkat2 dalam mitosis. Sekarang barulah saya tahu bagaimana proses meiosis pada peringkat kedua yang sebenar.




3.Sila buat  ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Mieosis? ( 100 patah perkataan)

Meiosis ialah proses pembahagian nukleus yang mengurangkan bilangan kromosom dalam sel baharu menjadi separuh bilangan kromosom dalam sel induk. Pada manusia, meiosis berlaku pada organ pembiakan iaitu pada testis, bagi lelaki dan ovari bagi perempuan. Setiap gamet menerima satu kromosom daripada pasangan kromosom homolog, ini bermakna gamet mengandungi 23 kromosom, iaitu separuh daripada bilangan sel induk. Pada tumbuhan pula, meiosis berlaku dalam anter dan ovari bunga. Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat pembahagian sel, iaitu meiosis I dan meiosis II. Meiosis I dibahagikan kepada profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I. Meiosis II pula dibahagikan kepada profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II. Pada akhir meiosis II, empat sel haploid dihasilkan. Seperti mitosis, meiosis adalah satu proses yang berterusan. Tanpa pembahagian sel, kemandirian spesies dari satu generasi ke satu generasi yang lain tidak mungkin terjadi.




4.Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai Mieosis yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda? ( 50 patah perkataan)

Tujuan utama meiosis adalah untuk memastikan kesinambungan hidupan di bumi ini. Proses meiosis ini penting utk mendapatkan zuriat atau cahaya mata. Penyakit sindrom Down juga boleh terjadi jika proses meiosis terganggu. Beberapa agen persekitaran seperti radiasi dan bahan kimia bersifat karsinogen boleh menganggu proses2 meiosis. Jadi, kita hendaklah menjauhkan diri daripada bahan radioaktif serta kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat.

the end 

6 comments:

  1. okeoke aku jawab ney .. dgr-3!! heheh

    jawapan soalan pertama:
    okey, kalau kau perasan meiosis 1, dia hanya ada satu sel induk. lepas tu dia alami pembahagian sel sampai telofasa dan menghasilkan 2 sel anak. then meiosis 2 pulak dia ada dua sel induk yang alami pembahagian sel sampai telofasa then hasilkan 4 sel anak. so itu perbezaan dia, kalau sesuatu sel induk tu dah alami meiosis 1 maknenye dia tak akan alami meiosis 2. sel induk tu hanya alami pembahagian sel dr salah sati peringkat meiosis jer ..

    jawapan soalan kedua:
    kalau kromatid tak berpisah ke arah kutub yang berlainan, so pembahagian sel tak berkalu laa, nama pun pembahagian sel kn. lagi satu macam mana dia nak smpai ke peringkat yang seterusnya kalau kromatid tu tak berpisah, kromayid kne dipisahkan untuk mempentuk kromatid yang baru pada peringkat yang seterusnya. dan kalau proses anafasa batal , maka todak meninggalkan apa-apa kesan terhadap zigot mahupun sel.

    *haa tu jerr yang aku tau, hope kau paham la kan,, and jangan lupe jawab aku punye lak k ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh ? betul ke o.O
      haha.. okay thanks answer.. nanti waktu lapang aku jwb kau puny eplak XD

      Delete
  2. HAHAHA , okeoke ..
    hey betul laa .. aku amek nota aku blaja dlm kelas tau.
    kau punye psal aku terpakse bukak buku ,, hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. sedihnye dengar pengorbanan kau.. ye ye thanks ~

      Delete