Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari aktiviti 3 dan aktiviti 4?
Saya menghadapi beberapa kekeliruan ketika menjawab soalan pada aktiviti 3 dan aktiviti 4. Setiap kromosom mesti mempunyai sentromer di bahagian tengah untuk memegang kromatid kembar. Tapi, adakah kedudukan semua sentromer bagi setiap kromosom mesti kena berada di tengah2? Boleh atau tidak jika sentromer tu duduk di atas atau di bawah tetapi selain berada di tengah. Selain itu, saya juga berasa kurang jelas pada bahagian Interfasa S. Interfasa S menjalankan fasa sintesis Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan fasa sintesis itu? Bagaimana fasa sintesis S berlaku dan sila jelaskan dengan lebih terperinci tentang fasa ini. Saya cadangkan Mazian untuk menjawab soalan2 ini. Saya harap Mazian dapat menjawab dengan baik dan jelas.
Apakah tanggapan pertama anda mengenai kromosom?
Tanggapan pertama saya tentang kromosom adalah tentang bentuknya yang amat unik. Setiap kali saya melihat kromosom, saya mesti teringat akan huruf X sebab bentuk kromosom memang sama dengan huruf tersebut. Kromosom ini juga berbentuk seperti tali dan nampak begitu comel bagi saya. Saya baru kenal dan tahu tentang kromosom pada tahun ini, jadi pada mulanya, pandangan saya tentang kromosom, saya menganggap ianya sesuatu benda yang mempunyai fungsi yang kompleks dan sukar untuk difahami. Saya juga menganggap fungsinya adalah begitu penting bagi setiap hidupan dan saya juga tertanya2 pada mulanya jika kehidupan tanpa kromosom. Saya juga terfikir pada mulanya, apa kena mengena kariotip manusia dengan kromosom. Sekarang barulah saya faham tentang perkara tersebut.
Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai kitar sel ?
Kitar sel ialah suatu tempoh bermulanya peringkat sel baru dihasilkan, sehinggalah peringkat sel tersebut selesai membahagi dan menghasilkan 2 sel anak. Kitar sel dibahagikan kepada fasa interfasa dan fasa mitosis (atau fasa M) Fasa mitosis pula dibahagikan kpd pembahagian nukleus (atau mitosis) dan pembahagian sitoplasma (atau sitokinesis). Interfasa dibahagikan kepada 3, iaitu G1, S dan G2. Sel yg baru dibentuk akn memasuki fasa G1. G1 adalah fasa pertumbuhan pertama di mana pertumbuhan sel berlaku secara aktif. Pada fasa ini, sel mula mendapatkan dan mensintesiskan bahan yg diperlukan untuk kitar sel yg seterusnya. Protein dan organel seperti mitokondrion dan kloroplas disintesis pada peringkat ini. Kadar metabolisme sel adalah tinggi dan kromosom pada peringkat ini tidak kelihatan dengan jelas. Pada peringkat S pula, sintesis DNA berlaku dan seterusnya ke fasa G2. Pada peringkat ini, protein dan enzim diperlukan untuk pembahagian sel disintesiskan. Sel mengumpul tenaga dan membuat persiapan terakhir untuk memasukiperingkat seterusnya. Kemudian, fasa M pun berlaku dan peringkat mitosis terbahagi kpd 4 iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Proses sitokinesis pula berlaku seterusnya. Proses sitokinesis yg berlaku dlm sel haiwan dan tumbuhan adalah berbeza. Selepas sitokinesis, sel yg baru akan memasuki fasa G1 semula, maka lengkaplah satu kitaran sel.
Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai kromosom yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda?
Dalam kehidupan seharian kita, kita sering mendengar tentang penyakit sindrom Down. Tetapi adakah kita tahu kenapa terjadinya penyakit ini. Penyakit sindrom Down adalah disebabkan satu kromosom tambahan yang menyebabkan setiap sel soma mengandungi 47 kromosom berbanding dengan bilangan kromosom yang sepatutnya, iaitu 46 kromosom. Lihatlah betapa penting dan berpengaruhnya bilangan kromosom kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana kita telah dikurniakan kesihatan yang baik.
- http://en.wikipedia.org/wiki/Chromosome
- http://en.wikipedia.org/wiki/Cell_cycle
- http://www.biology.arizona.edu/cell_bio/tutorials/cell_cycle/cells2.html
- http://www.biologycorner.com/bio1/cellcycle.html
- http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072495855/student_view0/chapter2/animation__how_the_cell_cycle_works.html
dah habis ! sekian ~
solar flare
pannndaaaiiiinya kau !! haha
ReplyDeletejwab laa soalan aku at post !!!!
huh ?
Deletesentromer tu kalau tak salah aku boleh ada kat tengah je . dia punya kepak tu je sama ada pendek atau panjang . bahagian tengah (sentromer) tu tak mungkin hilang .
ReplyDeleteuntuk yang bahagian interfasa tu --> Antara fasa fasa kitaran sel di mana sel menghabiskan majoriti masa dan melaksanakan majoriti tujuan termasuk persediaan untuk pembahagian sel. Dalam persediaan untuk pembahagian sel, meningkatkan saiz dan membuat satu salinan DNA.
Interfasa S --> synthesis is which the cell dupilcates its DNA . haha pandai-2 la faham k :D
ouh ye ke.. faham2.. thanks !
ReplyDelete