Diari

Khamis, 3 Mei 2012 ~

 

Pendapat tentang blog bioclass :-

  1. Blog bioclass amat menarik kerana seseorang itu dapat mempelajari sesuatu yang baru menerusi blog ini.
  2. Blog bioclass amat membantu dalam pembelajaran, kerana ianya terdapat pelbagai maklumat yang penting dan patut kita ketahui selama ini.
  3. Muka surat dalam blog ini juga menarik kerana muka surat nya kelihatan begitu comel dan berwarna warni.
  4. Isi kandungan kandungan dan sumber  dalam blog ini  lengkap kerana saya dapat memahami isi kandungannya dengan jelas. 
 
  • Saya suka bahagian header kerana gambarnya begitu comel. 
  • Saya tidak suka bahagian iklan kerana ianya mengganggu pandangan saya.
  • Semuanya sempurna dan tidak perlu dibetulkan lagi.
  • Pengajaran di blog tidak bosan dan tidak mengantuk jika berbanding dengan belajar di dalam kelas.
  • Saya berminat untuk menggunakan blog lagi di masa hadapan kerana ianya menarik dan tidak membosankan. Saya juga boleh melihat gambar2 dan video2 dengan lebih jelas.
  • Saya tidak berminat untuk untuk belajar matapelajaran lain di blog.
  • Saya tidak pernah menggunakan sebarang program berkomputer lain dalam pembelajaran.
  • Saya mempelajari banyak perkara antaranya tentang sel, kepentingan mitosis dan meiosis, genetik, dan sebagainya.
  • Perubahan yang saya dapat adalah, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang biologi. Persepsi saya tentang betapa bosannya matapelajaran biologi juga kini berubah, bagi saya membelajarannya adalah lebih menarik setelah membuatkan kajian blog bioclass ini. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rabu, 2 Mei 2012 ~


Hari ini terdapat banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan, sehinggakan saya terpaksa post tugasan pada hari ini agak lambat.


Saya mendapati bahawa pembedahan plastik terdapat pelbagai keburukan dan ianya sesuatu benda yang tidak patut dilakukan oleh manusia.


Saya berasa amat ngeri sekali kerana pembedahan plastik hanya akan memburukkan lagi muka seseorang itu.


Saya menyelesaikan soalan aktiviti dengan merujuk kepada internet dan pengetahuan yang sedia ada.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selasa, 1 Mei 2012 ~


Saya tidak menghadapi masalah ketika membuat tugasan pada hari ini.


Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan anak kembar, antaranya ialah melakukan teknik IVF iaitu teknik persenyawaan luar rahim.


Saya amat gembira kerana dapat mempelajari perkara yang baru.


Cara saya menyelesaikan masalah aktiviti pada hari ini dengan merujuk kepada internet.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Isnin, 30 April 2012 ~

Saya tidak menghadapi masalah ketika membuat tugasan pada hari ini.



Saya mendapati bahawa tikus adalah makhluk yang berbahaya dan boleh membunuh manusia dengan penyakit yang dibawa.


Perasaan saya ketika post tugasan pada hari ini, saya amat gembira kerana saya dapat belajar perkara yang baru.


Saya menyelesaikan soalan aktiviti dengan merujuk kepada internet dan hasil tunjuk ajar guru.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jumaat, 27 April 2012 ~


Saya menghadapi sedikit masalah pada mulanya, kerana saya tidak faham permintaan soalan, tetapi setelah bertanya kepada guru dan merujuk kepada blog rakan sekelas, saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiapkannya.


Saya mendapati bahawa nikotin yang terkandung dalam rokok membawa banyak keburukan kepada penggunanya.


Perasaan saya ketika post blog pada hari ini agak gembira kerana saya dapat mempelajari bahawa bahayanya nikotin kepada kita jika disalahguna.


Saya menyelesaikan soalan blog pada aktiviti ini dengan merujuk kepada laman web yang telah saya nyatakan di post saya hari ini.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khamis, 26 April 2012 ~

Saya menghadapi masalah ketika membuat aktiviti pada hari ini, kerana saya tidak cukup pendapat dari rakan saya.

Saya dapat belajar apakah itu kultur tisu dan kegunaannya.

Saya berasa agak tidak puas hati kerana kertas jawapan saya kekurangan satu pendapat dari rakan saya.

Saya menyelesaikan masalah pada aktiviti ini dengan merujuk kepada internet dan daripada tunjuk ajar guru saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 25 April 2012 ~

 Saya tidak menghadapi masalah ketika membuat aktiviti pada hari ini.

Saya dapat mengenali bahan2 karsinogen dan betapa bahayanya ia kepada manusia.

Saya berasa gembira ketika membuat aktiviti pada hari ini kerana saya dapat belajar perkara baru yang saya tidak tahu selama ini.

Saya menyelesaikan masalah aktiviti dengan merujuk kepada internet dan juga kepada guru saya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 24 April 2012 ~

Saya menghadapi masalah malas ketika hendak membuat post pada hari ini ~

Saya mendapati bahawa meiosis tidak sempurna akan menyebabkan seseorang mengalami penyakit sindrom down, sindrom klunefelter dan sindrom turner.

Perasaan saya ketika post tugasan pada hari ini adalah saya amat bersyukur kerana ahli keluarga dan saudara mara saya tiada yang menghidap penyakit sindrom down.

Saya merujuk kepada Wikipedia dan terdapat pelbagai lagi laman sesawang di internet.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 23 April 2012 ~

Saya tidak menghadapi masalah atau kesukaran untuk menyiapkan blog pada hari ini.

Saya mendapati bahawa cicak menjalankan proses rapit motisis atau mitosis pantas untuk penumbuhan semula ekornya.

Saya berasa gembira kerana saya dapat belajar perkara yang baharu.

Saya menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada internet.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat, 20 April 2012 ~

Saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika post blog pada hari ini.

Saya mendapati bahawa proses mitosis adalah amat penting untuk memastikan kesinambungan hidupan di bumi ini.

Saya amat gembira ketika menyiapkan tugasan pada hari ini dan saya berasa lega sekali dengan hasil kerja saya.

Saya menyelesaikan soalan pada hari ini dengan merujuk kepada pelbagai laman web internet dan saya juga merujuk kepada buku teks biologi saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis, 19 April 2012 ~

Saya menghadapi masalah ketika post blog pada hari ini. Terdapat pelbagai kerja sekolah yang mesti saya siapkan sehinggakan saya terpaksa menyiapkan aktiviti hari ini agak lewat.

Saya dapat mengetahui dengan lebih jelas apakah yang dinamakan sebagai mitosis. Saya juga dapat belajar tentang akibat mitosis yang tidak terkawal.

Saya agak kecewa dengan diri sendiri kerana saya menyiapkan tugasan pada hari ini agak lambat.

Saya menyelesaikan soalan hari ini dengan merujuk kepada buku teks saya dan saya juga melayari pelbagai laman di internet

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 18 April 2012 ~

Saya menghadapi sedikit kesukaran untuk post blog pada hari ini kerana saya merasakan aktiviti pada hari ini agak mencabar.


Saya dapat mendalami dengan lebih mendalam apakah yang dinamakan sebagai kromosom dan saya lebih faham apa yang saya pelajari tentangnya.


Saya berasa tertekan ketika menyiapkan tugasan ini dan pada masa yang sama, saya juga berasa lega dan gembira setelah dapat menyiapkannya dengan baik.


Saya menyelesaikan masalah aktiviti pada hari ini dengan merujuk kepada internet, buku teks dan wikipedia.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 17 April 2012 ~

Saya tidak menghadapi masalah untuk menjawab tugasan hari ini.

Saya mendapati bahawa sel amatlah penting dalam kehidupan kita. 

Saya berasa berpuas hari kerana dapat menyiapkan tugasan yang panjang berjela pada hari ini.

Saya menyelesaikan masalah dengan menanyakan soalan pada rakan sekelas saya dan saya juga merujuk kepada buku teks biologi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 16 April 2012 ~
Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiapkan tugasan pada hari ini.


Saya mendapati bahawa meiosis amat penting untuk mengekalkan populasi kehidupan di muka bumi ini. 


Saya berasa sungguh sedih kerana gejala buang bayi di Malaysia semakin berleluasa. Mereka sanggup bertindak kejam untuk menjaga maruah diri.


Saya menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada internet dan buku teks biologi saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 15 April 2012 ~


Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiapkan tugasan saya pada hari ini.

Saya mendapati betapa pentingnya proses meiosis untuk mendapatkan zuriat.



Saya berasa amat bangga dan gembira sekali kerana dapat menyiapkan tugasan pada hari ini.


Saya menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada buku teks, hasil tunjuk ajar guru dan daripada internet seperti yang dinyatakan di blog.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 14 April 2012 ~


Saya tidak menghadapi masalah untuk post blog pada hari ini.


Pengetahuan yang saya perolehi pada hari ini ialah mitosis yang tidak terkawal akan menyebabkan kanser. Penyakit kanser amat bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.

Perasaan saya ketika post blog pada hari ini, saya berasa risau dan takut memikirkan kanser2 yang merbahaya sehingga boleh membunuh manusia !

Saya menyelesaikan masalah dengan mencari maklumat di internet.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat, 13 April 2012 ~

Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menulis blog pada hari ini.

Saya dapat tahu bahawa proses mitosis merangkumi empat fasa. iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa.



 Perasaan saya setelah menyiapkan tugasan ini ialah saya amat gembira sekali kerana saya dapat menyiapkan tugasan dengan baik tanpa mengalami sebarang masalah.

Saya menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada laman web internet seperti Wikipedia dan laman2 yg lain. Saya juga merujuk kepada buku teks biologi tingkatan 4.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khamis, 12 April 2012 ~



Masalah yg saya hadapi ialah nternet di rumah saya pada hari ini sukar untuk connect. Abang saya juga menggunakan komputer begitu lama.


Banyak perkara yang saya pelajari pada hari ini. Antaranya ialah kitar sel. Kitar sel terbahagi kepada interfasa dan fasa mitosis.


perasaan saya semasa post blog pada hari ini agak okay. Saya rasa amat berpuas hati sekali dengan hasil kerja saya.


Saya menyelesaikan masalah dengan merujuk buku teks Biology, YouTube, Internet dan sebagainya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rabu, 11 April 2012 ~



saya tidak menghadapi walau sedikit pun masalah pada hari ini.


saya mendapati setiap spesis kehidupan mempunyai kromosom yg berlainan. Setiap gen dalam kromosom sel induk merupakan satu unit pewarisan yg mesti diturunkan kepada anak.


saya berasa sungguh gembira kerana saya dapat belajar perkara baru yang saya belum ketahui selama ini !


cara saya menyelesaikan soalan aktiviti dengan merujuk kepada buku teks biologi dan sumber daripada internet.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selasa, 10 April 2012 ~



saya tidak menghadapi masalah untuk post blog pada hari ini.


terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang saya perolehi pada hari ini. antaranya pada setiap hari, terdapat kira2 30000 hingga 40000 sel kulit manusia mati dan rosak. sel kulit yang mati dan rosak akan diganti semula dengan sel yang baru.


perasaan saya pada hari ini, saya begitu gembira sekali kerana bagi saya, saya telah menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya.


saya menyelesaikan masalah dengan mencari maklumat di internet, Wikipedia, buku teks, atas bantuan guru dan sebagai nya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Isnin, 9 April 2012 ~



saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk post blog pada hari ini. Tetapi saya post blog pada hari ini agak lambat kerana pada saya terlibat dengan pelbagai aktiviti persekolahan pada siang hari.


Saya mendapati semua organisma hidup mempunyai sel. Terdapat pelbagai contoh sel yang boleh didapati daripada organisma.


saya berasa amat teruja kerana inilah kali pertama saya melakukan aktiviti seperti ini.


cara saya menyelesaikan masalah aktiviti dengan mencari maklumat yang terdapat di internet. Saya juga merujuk buku teks biologi yang saya sedang saya pelajari.