Saturday, 14 April 2012

Mitosis tidak terkawal ..

wazzup all .. mitosis yg tidak terkawal akan membawa kepada kanser ..


tak sanggup nak tngok gmbr ni !

 jom baca kisah seorang penghidap penyakit kanser payudara --> http://www.scribd.com/doc/26187029/Kisah-Benar-Seorang-Isteri sedih betul :'(


Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.


Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
>Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
>Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
>Ia adalah penyebab utama kematian awal.
>9% dari keseluruhan kanser di dunia.
>6 - 8% keseluruhan kematian kanser.


|Simptom    

* Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid   
 * Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara   
 * Perubahan bentuk payu dara   
 * Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam


RAWATAN UNTUK KANSER INI

>Pembedahan
     Pembedahan mungkin adalah pilihan rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi (sepenuhnya)

Lumpektomi adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja

Prosedur membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang

Dalam mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.

bahaya sungguh kanser ni !! jadi mari lah kita sama2 menghindarkannya dan Periksalah payudara anda dengan kerap !

sekian !

4 comments: