Monday, 30 April 2012

MUTASI..






so .. soalan nya pada hari ini ~

jika anda merupakan seorang saintis, anda diminta untuk mencipta sejenis virus untuk mengatasi masalah populasi tikus (masalah tikus banyak dan merosakkan barang rumah) di kawasan perumahan. Virus tersebut boleh menyebabkan mutasi pada tikus. Apakah virus yang akan anda cipta? Mutasi dibahagian manakah yang anda ingini berlaku pada tikus itu.

Saya akan menciptakan virus yang akan melemahkan pergerakan tikus supaya mereka tidak dapat bergerak aktif..


1) Sebab : Tikus adalah haiwan yang boleh membawa penyakit kepada kita melalui pelbagai cara.
Bukti :  Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
Diambil dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm


2) Sebab : Penyakit Leptospirosis yang dibawa oleh tikus akan menjejaskan kesihatan manusia.
Bukti : Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.  
Diambil dari : 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index


3) Sebab : Tikus adalah haiwan yang kotor.
Bukti :  Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut. 
Diambil dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Friday, 27 April 2012

Kejuruteraan Genetik



I respect your right to smoke,
but please respect mine not to.




Jika anda merupakan seorang saintis yang terlibat dengan kajian profesor Kazufumi Yazaki, adakah kamu akan memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut? berikan pendapat anda?


Saya bersetuju untuk memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut kerana rokok tanpa nikotin akan mengurangkan ketagihan perokok untuk merokok.


1) Sebab : Nikotin merupakan dadah yang kuat.
Bukti : Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan.



2) Sebab : Nikotin dalam rokok akan merbahayakan kesihatan tubuh badan kita.
Bukti Kadar nikotin yang dihisap akan mampu menyebabkan kematian apabila kadarnya lebih dari 30 mg. 



3) Sebab : Nikotin boleh menyebabkan perubahan yang tidak baik dalam badan kita.
BuktiPeningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.






Thursday, 26 April 2012

Kultur ?

Sekiranya anda merupakan seorang saintis. Apakah tumbuhan yang akan anda kulturkan? berikan sebab?


Saya akan kulturkan bunga Orkid kerana ianya mahal jika dijual XD

Wednesday, 25 April 2012

Karsinogen ~ adalah penyebab kanser..

Sekiranya anda merupakan seorang saintis, terangkan bagaimanakah cara anda memberitahu masyarakat mengenai bahan karsinogen yang terdapat dalam rokok dan daging panggang/sate?

Saya akan mengeluarkan satu artikel di internet dan menyatakan bahawa  rokok dan daging panggang/sate terdapat bahan karsinogen yang merbahaya di dalamnya. Saya juga akan merakam diri saya, dan bercakap kepada seluruh dunia tentang bahan karsinogen tersebut dan saya akan post kan video tersebut di YouTube.

Tuesday, 24 April 2012

down's syndrome baby



Apakah pendapat anda mengenai meiosis tidak sempurna ?


Meiosis tidak sempurna adalah disebabkan kromatid kembar tidak terpisah semasa anafasa dan ini menyebabkan bilangan kromosom dlm setiap sel ank akan menjadi tidak sama dengan sel induk.

Monday, 23 April 2012




Apakah yang berlaku pada cicak sekiranya proses mitosis hanya menghasilkan 1 sel anak sahaja ( ingat proses mitosis sepatutnya menghasilkan 2 sel anak)


pendapat saya ialah ekor cicak mungkin tidak akan tumbuh semula.





Friday, 20 April 2012

Peningkatan Asas aktiviti 7 dan 8

1. Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 7 dan Aktiviti 8?
( 70 patah perkataan)

Terdapat kekeliruan yang saya hadapi semasa mempelajari Aktiviti 7 dan Akitiviti 8. Antaranya ialah saya keliru mengapakah pada peringkat meiosis yang pertama, iaitu pada metafasa I, terdapat sepasang kromosom yang tersusun di bahagian tengah sel tetapi pada peringkat meiosis yang kedua pula, terdapat hanya 1 kromosom sahaja. Selain itu, saya juga tertanya2 apakah yang akan berlaku sekiranya kromatid kembar tidak terpisah semasa peringkat anafasa. Adakah perkara ini akan membawa pengaruh kepada pembentukan zigot ataupun tidak. Saya harap agar pertanyaan saya dapat dijawab dengan jelas.

Saya mencadang kan http://nadzangellauzz.blogspot.com/ utk menjawab pertanyaan saya.




2. Apakah  tanggapan pertama anda mengenai Meiosis? (70 patah perkataan)

Apabila kali pertama saya melihat proses meiosis, saya berfikir bahawa DNA bagi setiap kromosom akan bereplikasi dua kali. Perkara yang menyebabkan saya berfikir seperti ini adalah kerana pada proses meiosis, sel mengalami dua pembahagian nukleus. Ternyata tanggapan saya selama ini adalah salah. Saya juga berfikir bahawa meiosis pada peringkat kedua mempunyai cara tersendiri untuk melakukan pemisahan, ternyata proses meiosis pada peringkat kedua adalah serupa seperti peringkat2 dalam mitosis. Sekarang barulah saya tahu bagaimana proses meiosis pada peringkat kedua yang sebenar.




3.Sila buat  ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Mieosis? ( 100 patah perkataan)

Meiosis ialah proses pembahagian nukleus yang mengurangkan bilangan kromosom dalam sel baharu menjadi separuh bilangan kromosom dalam sel induk. Pada manusia, meiosis berlaku pada organ pembiakan iaitu pada testis, bagi lelaki dan ovari bagi perempuan. Setiap gamet menerima satu kromosom daripada pasangan kromosom homolog, ini bermakna gamet mengandungi 23 kromosom, iaitu separuh daripada bilangan sel induk. Pada tumbuhan pula, meiosis berlaku dalam anter dan ovari bunga. Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat pembahagian sel, iaitu meiosis I dan meiosis II. Meiosis I dibahagikan kepada profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I. Meiosis II pula dibahagikan kepada profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II. Pada akhir meiosis II, empat sel haploid dihasilkan. Seperti mitosis, meiosis adalah satu proses yang berterusan. Tanpa pembahagian sel, kemandirian spesies dari satu generasi ke satu generasi yang lain tidak mungkin terjadi.




4.Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai Mieosis yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda? ( 50 patah perkataan)

Tujuan utama meiosis adalah untuk memastikan kesinambungan hidupan di bumi ini. Proses meiosis ini penting utk mendapatkan zuriat atau cahaya mata. Penyakit sindrom Down juga boleh terjadi jika proses meiosis terganggu. Beberapa agen persekitaran seperti radiasi dan bahan kimia bersifat karsinogen boleh menganggu proses2 meiosis. Jadi, kita hendaklah menjauhkan diri daripada bahan radioaktif serta kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat.

the end 

Thursday, 19 April 2012

Peningkatan Asas aktiviti 5 dan 6

1. Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 5 dan Aktiviti 6?
( 100 patah perkataan)

Berikan dua kekeliruan yang kamu hadapi?
  1. Semasa mempelajari Aktiviti 5 dan Aktiviti 6, terdapat kekeliruan yang saya hadapi. Antaranya saya tidak berapa faham dan kurang jelas temtamg sitokinesis. Apakah tujuan melakukan sitokinesis? Bagaimanakah terjadi sitokinesis pada haiwan dan sel manusia. Apakah keadaan diploid anak pada akhir proses sitokinesis ini. Selepas berakhirnya proses sitokinesis, proses apakah yang akan terjadi selepas itu. 
  2. Selain itu, saya ingin tahu lebih lanjut tentang apakah kepentingan mitosis kepada kita? Apakah tujuan sebenar melakukan proses ini dan adakah mitosis ini berlaku pada semua hidupan. Jika proses mitosis ini berlaku pada tumbuhan, pada bahagian manakah inya berlaku secara aktif. Saya harap agar persoalan saya ini boleh dijawab dengan baik.
Saya mencadangkan Haszuraazlin a.k.a Zura untuk menjawab kekeliruan ini.



2. Apakah  tanggapan pertama anda mengenai Mitosis? (100 patah perkataan)

Pertama kali saya mendengar tentang mitosis, saya terfikir bahawa ianya memerlukan proses yang sukar untuk dijalankan. Saya juga berasakan bahawa proses mitosis adalah proses yang penting sekali kepada manusia dan haiwan. Tanggapan pertama saya juga, saya tertanya2 bagaimana kehidupan kita juka tidak menjalankan proses mitosis ini. Adakah kita masik boleh meneruskan kehidupan seharian kita. Ketika kali pertama saya melihat gambar sebenar mitosis pada peringkat profasa, metafasa, anafasa dan telofasa, saya menjangkakan bahawa ianya adalah bakteria. Gambar mitosis yang sebenar tidak menunjukkan proses mitosis dengan jelas dan sebab itulah saya berfikir sebegitu. Sekarang ini barulah saya faham tentang proses mitosis dan peringkat2nya.



3.Sila buat  ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Mitosis? ( 150 patah perkataan)

Mitosis boleh ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak. Setiap sel anak itu mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan sel induk Proses mitosis ini amatlah penting kepada kita dan ianya berlaku dalam sel badan kita dan juga berlaku dalam tumbuhan. Ianya membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat. Pembahagian sel dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu pembahagian nukleus dan pembahagian sitoplasma. Pembahagian nukleus ialah pembahagian sama rata kromosom yang telah disintesis kepada dua sel anak. Pembahagian sitoplasma juga dikenali sebagai sitokinesis. Terdapat empat peringkat dalam proses mitosis, iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Setiap peringkat ini memainkan peranan yang penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam proses mitosis. Peringkat2 ini tidak berasingan tetapi ianya merupakan satu proses yang berterusan. Sel perlu membahagi dengan sempurna, teratur dan terkawal. Sel anak yang baharu juga perlulah memperoleh bilangan kromosom yang sama. Pembahagian sel perlu berlaku dengan tepat kerana maklumat genetik yang dibawa oleh kromosom diperlukan untuk sel berfungsi dengan sempurna..



4.Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai Mitosis yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda? ( 50 patah perkataan)

Mitosis sememangnya adalah proses yang amat penting kepada kita. Ia juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, apabila kulit kita tercedera, pembahagian sel membantu kita untuk menyembuhkan kecederaan tersebut. Dengan cara yang sama, sel rambut dan sel kuku baharu terbentuk untuk menggantikan rambut yang gugur dan kuku yang patah. Mitosis tidak terkawal juga boleh menyebabkan kanser. Sel kanser yang tidak dimusnahkan akan membahagi secara tidak terkawal membentuk tumor. Tumor akan menyerang dan memusnahkan sel2 bersebelahan yang normal.



5 link rujukan :-

Wassalam ~



Wednesday, 18 April 2012

Peningkatan Asas aktiviti 3 dan 4

Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari aktiviti 3 dan aktiviti 4?

Saya menghadapi beberapa kekeliruan ketika menjawab soalan pada aktiviti 3 dan aktiviti 4. Setiap kromosom mesti mempunyai sentromer di bahagian tengah untuk memegang kromatid kembar. Tapi, adakah kedudukan semua sentromer bagi setiap kromosom mesti kena berada di tengah2? Boleh atau tidak jika sentromer tu duduk di atas atau di bawah tetapi selain berada di tengah. Selain itu, saya juga berasa kurang jelas pada bahagian Interfasa S. Interfasa S menjalankan fasa sintesis Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan fasa sintesis itu? Bagaimana fasa sintesis S berlaku dan sila jelaskan dengan lebih terperinci tentang fasa ini. Saya cadangkan Mazian untuk menjawab soalan2 ini. Saya harap Mazian dapat menjawab dengan baik dan jelas.




Apakah tanggapan pertama anda mengenai kromosom?

Tanggapan pertama saya tentang kromosom adalah tentang bentuknya yang amat unik. Setiap kali saya melihat kromosom, saya mesti teringat akan huruf X sebab bentuk kromosom memang sama dengan huruf tersebut. Kromosom ini juga berbentuk seperti tali dan nampak begitu comel bagi saya. Saya baru kenal dan tahu tentang kromosom pada tahun ini, jadi pada mulanya, pandangan saya tentang kromosom, saya menganggap ianya sesuatu benda yang mempunyai fungsi yang kompleks dan sukar untuk difahami. Saya juga menganggap fungsinya adalah begitu penting bagi setiap hidupan dan saya juga tertanya2 pada mulanya jika kehidupan tanpa kromosom. Saya juga terfikir pada mulanya, apa kena mengena kariotip manusia dengan kromosom. Sekarang barulah saya faham tentang perkara tersebut.




Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai kitar sel ?

Kitar sel ialah suatu tempoh bermulanya peringkat sel baru dihasilkan, sehinggalah peringkat sel tersebut selesai membahagi dan menghasilkan 2 sel anak. Kitar sel dibahagikan kepada fasa interfasa dan fasa mitosis (atau fasa M) Fasa mitosis pula dibahagikan kpd pembahagian nukleus (atau mitosis) dan pembahagian sitoplasma (atau sitokinesis). Interfasa dibahagikan kepada 3, iaitu G1, S dan G2. Sel yg baru dibentuk akn memasuki fasa G1. G1 adalah fasa pertumbuhan pertama di mana pertumbuhan sel berlaku secara aktif. Pada fasa ini, sel mula mendapatkan dan mensintesiskan bahan yg diperlukan untuk kitar sel yg seterusnya. Protein dan organel seperti mitokondrion dan kloroplas disintesis pada peringkat ini. Kadar metabolisme sel adalah tinggi dan kromosom pada peringkat ini tidak kelihatan dengan jelas. Pada peringkat S pula, sintesis DNA berlaku dan seterusnya ke fasa G2. Pada peringkat ini, protein dan enzim diperlukan untuk pembahagian sel disintesiskan. Sel mengumpul tenaga dan membuat persiapan terakhir untuk memasukiperingkat seterusnya. Kemudian, fasa M pun berlaku dan peringkat mitosis terbahagi kpd 4 iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Proses sitokinesis pula berlaku seterusnya. Proses sitokinesis yg berlaku dlm sel haiwan dan tumbuhan adalah berbeza. Selepas sitokinesis, sel yg baru akan memasuki fasa G1 semula, maka lengkaplah satu kitaran sel.




Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai kromosom yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda?

Dalam kehidupan seharian kita, kita sering mendengar tentang penyakit sindrom Down. Tetapi adakah kita tahu kenapa terjadinya penyakit ini. Penyakit sindrom Down adalah disebabkan satu kromosom tambahan yang menyebabkan setiap sel soma mengandungi 47 kromosom berbanding dengan bilangan kromosom yang sepatutnya, iaitu 46 kromosom. Lihatlah betapa penting dan berpengaruhnya bilangan kromosom kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana kita telah dikurniakan kesihatan yang baik.


link rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Chromosome
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Cell_cycle
  3. http://www.biology.arizona.edu/cell_bio/tutorials/cell_cycle/cells2.html
  4. http://www.biologycorner.com/bio1/cellcycle.html
  5. http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072495855/student_view0/chapter2/animation__how_the_cell_cycle_works.html



dah habis ! sekian ~

solar flare

Tuesday, 17 April 2012

Aktiviti pengukuhan fasa 1 dan 2

Saya menghadapi kekeliruan ketika mempelajari mengenai sel. Seperti semua org tahu, sel merupakan unit asas dlm semua kehidupan hidup. Secara amya, setiap sel terdiri drpd membran plasma, sitoplasma dan nukleus. Apakah fungsi sel2 berikut ? Adalah bahagian sel2 tersebut penting atau tidak ? Soalan ini saya ingin tujukan kepada Ryan Higa a.k.a Afiq.

Tanggapan pertama saya mengenai sel ialah saya tidak dapat bygkan kehidupan tanpa sel. Cuba kita lihat sel neuron, bentuknya sgt menarik dan ianya sgt penting bgi kita semua ! Fungsi sel tersebut adalah utk menghantar isyarat dari otak keseluruh badan kita untuk melakukan apa2 shj. Sebagai contoh, otak menghantar isyarat kpd jantung utk berdegup. Cuba bygkan jika kita tiada sel tersebut.

Sel ialah unit binaan asas bagi semua hidup. Jika tiada sel, kehidupan juga mungkin tidak wujud. Sel terdapat pelbagai bentuk dan fungsi. Terdpt bentuk yg amat menarik tetapi ada juga yg tidak seberapa. Setiap sel juga memainkan peranan masing. Pembahagian sel amatlah penting, contohnya apabila kulit kita tercedera, pembahagian sel lah yg membantu kita utk mnyembuhkan kecederaan tersebut. Pembahagian sel juga dibahagikan kpd 2 peringkat iaitu pembahagian nukleus dan pembahagian sitoplasma. Proses meiosis dan mitosis juga amat penting dlm kehidupan kita. Proses mitosis dan meiosis dikawal atur dlm keadaan terkawal supaya x terganggu. Sebagai contoh, sekiranya kromatid kembar tidak terpisah semasa anafasa, bilangan kromosom dlm setiap sel ank akn menjadi tidak sama dgn sel induk dan akn membawa pembentukan zigot yg tidak normal.

Pengetahuan mengenai sel yg saya dpt kaitkan dlm hidupan saya ialah cara terciptanya dan berdirinya saya di sini pd hari ini. Ini adalahkerana terjadinya proses meiosis. Saya juga rasa supaya kita semua hendaklah menjaga kesihatanutk mencegak penyakit2 yg disebabkan oleh mitosis spt kanser mulut, kanser otak dan sebagainya. Jadi, marilah kita makan makanan yg berkhasiat !


sekian ~




Monday, 16 April 2012

Thanks meiosis and mitosis

Bahagian yang saya minat berdasarkan video yang cikgu tunjuk tu.. bahagian bila bayi tu membesar dlm perut mak dia.. bayi tu nampak comel sgt ! dan begitu rupanya pergerakan bayi di dalam perut o.O .. saya juga terfikir bahawa sungguh bersabar ibu saya mengandungkan saya selama 7 bulan (saya tak ckup bulan) dan membuatkan saya lebih bersyukur XD


Kepentingan Meiosis ialah :-
  1. Bagi menghasilkan ank yg mempunyai bilangan kromosom yg sama spt induknya.
  2. Memastikan kesinambungan hidupan di bumi ini.
  3. Membawa perubahan genetik dalam sel ank.

Lagi mayat bayi ditemui

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.
Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.
Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.
Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.
“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.
Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat.
Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.
Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.
“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya.


manusia sekarang mmg kejam.. takde hati perut dan tak leh nak fikir dgn baik.. sedangkan binatang pon syg ank dorang !

Sunday, 15 April 2012

Meiosis ? Apa kebendanya pulak tu

Meiosis ialah proses pembahagian nukleus yg mengurangkan bilangan kromosom dlm sel baharu mnjadi separuh bilangan kromosom dlm sel induk.


>Meiosis dibahagikan kpd 2 pringkat pembahagian sel, iaitu meiosis I & meiosis II.
>Meiosis I dibahagikan kpd profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I.
>Meiosis II pula dibahagikan kpd profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II.




Meiosis I


Profasa I

>Kromosom memendek, menebal & jelas kelihatan.
>Salah satu kromosom dlm pasangan kromosom homolog berasal drpd induk jantan & satu lgi drpd induk betina.
>Proses pindah silang, iaitu pertukaran segmen tertentu rantai DNA antara kromatid2 bkn seiras b'laku (
menyebabkan kombinasi gen yg bharu pd kromosom).
>Pd akhir peringkat, membran nukleus & nukleolus menghilang dan setiap psgn sentriol b'gerak ke kutub sel bertentangan.



Metafasa I

>Kromosom homolog t'susun di satah khatulistiwa.
>1 kromosom drpd setiap psgn kromosom homolog melekat pd gentian gelendong drpd 1 kutub sel.
>Homolog pula melekat pd gentian gelendong drpd kutub sel yg bertentangan.



Anafasa I

>Gentian gelendong mengecut & menarik setiap kromosom homolog.
> Kromosom homolog b'pisah drpd psgn homolognya & b'gerak ke kutub sel yg b'tentangan.
>Hanya 2 kromosom, yg setiap satunya t'diri drpd 2 kromatid kembar b'gerak ke kutub sel b'tentangan.


Telofasa I

>Setiap set kromosom b'kumpul di kutub sel b'tentangan.
>Setiap kutub sel sekarang mempunyai 1 set kromosom shj.
>Gentian gelendong menghilang, nukleolus dan membran nukleus muncul semula.



Meiosis II


Profasa II

>2 Sel ank b'sedia utk membahagi.
>Gentian gelendong t'bentuk pd kedua2 sel ank, nukleolus & membran nukleus hilang.
>Setiap kromosom kelihatan t'diri drpd sepasang kromatid yg b'cantum di sentromer.



                                             
Metafasa II

>Bermula apabila kromosom t'susun scara rawak pd  satah khatulistiwa bgi stiap sel ank.

                >Kromosom t'diri drpd kromatid kembar dan setiap  kromatid t'ikat kpd gentian gelendong pd sentromer.
>Peringkat ini tamat apabila sentromer b'pisah.



Anafasa II

>Sentromer kromatid kembar membahagi.
> Setiap kromatid kembar b'pisah & b'gerak ke kutub sel b'tentagan dgn didahului oleh sentromer.
>Kromatid kembar pd pringkat ini dikenali sbagai kromosom.



>Kromosom tiba di kutub sel, membuka pintalan & memanjang semula.
>Gentian gelendong menghilang, Membran nukleus & nukleolus t'bentuk semula.
peringkat ini b'akhir dgn proses sitokinesis yg menghasilkan 4 sel ank yg haploid.
>Kandungan genetik setiap sel ank b'beza drpd sel induk & sel haploid akn membesar menjadi gamet.


proses meiosis penting untuk mendapatkan cahaya mata !


cute tak saya ? wink wink >.<



sekian sahaja daripada saya ~

Saturday, 14 April 2012

Mitosis tidak terkawal ..

wazzup all .. mitosis yg tidak terkawal akan membawa kepada kanser ..


tak sanggup nak tngok gmbr ni !

 jom baca kisah seorang penghidap penyakit kanser payudara --> http://www.scribd.com/doc/26187029/Kisah-Benar-Seorang-Isteri sedih betul :'(


Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.


Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
>Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
>Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
>Ia adalah penyebab utama kematian awal.
>9% dari keseluruhan kanser di dunia.
>6 - 8% keseluruhan kematian kanser.


|Simptom    

* Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid   
 * Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara   
 * Perubahan bentuk payu dara   
 * Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam


RAWATAN UNTUK KANSER INI

>Pembedahan
     Pembedahan mungkin adalah pilihan rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi (sepenuhnya)

Lumpektomi adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja

Prosedur membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang

Dalam mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.

bahaya sungguh kanser ni !! jadi mari lah kita sama2 menghindarkannya dan Periksalah payudara anda dengan kerap !

sekian !

Friday, 13 April 2012

Mitosis ? Apa kebendanya tu

--> fasa2 dalam mitosis :-
1. Profasa
2. Metafasa
3. Anafasa
4. Telofasa


> Kromosom kelihatan lebih tebal dan pendek serta boleh dilihat menerusi mikroskop cahaya.
> Gentian gelendong mula terbentuk dan memanjang antara sentriol dalam plasma.
> Setiap pasangan sentriol berpindah ke kutub bertentangan.
> Pada peringkat akhir, nukleolus hilang dan membran nukleus terurai.



> Bermula apabila sentromer semua kromosom tersusun sebaris di tgh2 sel.
> Gentian gelendong menetapkan kromosom dgn kromatidnya di Satah Khatulistiwa.
> Kromatid kembar masih terikat antara satu sama lain di sentromerdan berakhir apabila sentromer mula membahagi.



> Semasa anafasa, sentromer membahagi kpd 2 & kromatid kembar berpisah.
> Gentian gelendong mengecut & memendek manakala kromatid kembar tertarik ke kutub bertentangan.
> Pada akhir fasa, setiap kutub sel mempunyai 1 set kromosom yg lengkap & seiras.



Telofasa
> Bermula apabila kedua2 set kromosom tiba di kutub sel bertentangan.
> Kromosom membuka lingkarannya mnjadi lurus dan kromosom membentuk bebenang halus kromatin semula.
> Gentian gelendong menghilang & membrane nukleus serta nukleolus terbentuk semula.


saya memperolehi maklumat drpd : -



Hahaha, komik ni lawak lah, ade ke pulak otak pergi kat sebelah yang lagi satu tu :p