Wednesday, 2 May 2012

Variasi



Justin Bieber XD


Do you have Bieber Fever ? haha

so da question for today ~


jika anda merupakan seorang doktor pembedahan plastik yang terkenal dan berkebolehan, suatu hari anda didatangi oleh seorang remaja lelaki dan meminta untuk mengubah muka asalnya menjadi seperti justin bieber. Adakah anda akan menolongnya atau tidak?

Saya tidak akan menolong remaja lelaki tersebut kerana pembedahan plastik hanya akan memberikan kesan buruk kepada seseorang.


1) Pembedahan plastik akan menjadikan muka seseorang itu semakin hodoh.
Bukti : apa yang diharapkan tidak kesampaian, malah wajah mereka lebih teruk dari wajah sebelum mereka melakukan pembedahan plastik. 


2) Pembedahan plastik akan menjejaskan diri.
Bukti : Selain mungkin mendatang kecederaan jangka panjang atau maut, ia juga boleh menghodohkan wajah seseorang itu jika berlaku kesilapan. 


3) Pembedahan plastik hanya akan merugikan duit.
Bukti : Jocelyn Wildenstein. Dia menghabiskan lebih 4 Juta US Dolar hanya untuk merubah rupa beliau kepada rupa seumpama raksasa.
Diambil dari : http://notakosong.com/gambar-mangsa-rupa-buruk-akibat-pembedahan-plastik/

4) Pembedahan plastik akan menyebabkan variasi manusia terganggu kerana merubah rupa semulajadi.
Bukti :  proses itu bukan sahaja menghodohkan wajah mereka, malah menampilkan rupa yang agak pelik dan ada yang agak menakutkan. 
Diambil dari :  http://sagahayat.blogspot.com/2011/08/jelitawan-dari-meja-bedah.html





Tuesday, 1 May 2012

Kembar ?



zack and cody =p


jika anda merupakan seorang doktor bagaimanakah cara anda dapat membantu pasangan berkahwin mendapat anak kembar?

Saya akan menyuruh pasangan tersebut membuat rawatan  teknik persenyawaan luar rahim (IVF) kerana rawatan ini adalah rawatan yang paling mudah jika seseorang inginkan anak kembar :)



1) Sebab : IVF merupakan teknik yang tidak terlalu sukar.
Bukti : “Saya bersyukur apabila hanya dengan sekali proses IVF, saya disahkan hamil dan lebih menggembirakan mendapat sepasang cahaya mata yang comel.



2) Sebab : Rawatan IVF boleh dikawal.
Bukti : Dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim.
Diambil dari : http://nuriman.wordpress.com/2009/04/13/teringin-anak-kembar-seiras/



3) Sebab : Peratus bagi teknik IVF adalah lebih tinggi berbanding mengambil pil subur.
Bukti : peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10%, sedangkan mereka yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji[IVF], peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.