Saturday, 14 April 2012

Mitosis tidak terkawal ..

wazzup all .. mitosis yg tidak terkawal akan membawa kepada kanser ..


tak sanggup nak tngok gmbr ni !

 jom baca kisah seorang penghidap penyakit kanser payudara --> http://www.scribd.com/doc/26187029/Kisah-Benar-Seorang-Isteri sedih betul :'(


Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.


Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
>Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
>Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
>Ia adalah penyebab utama kematian awal.
>9% dari keseluruhan kanser di dunia.
>6 - 8% keseluruhan kematian kanser.


|Simptom    

* Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid   
 * Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara   
 * Perubahan bentuk payu dara   
 * Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam


RAWATAN UNTUK KANSER INI

>Pembedahan
     Pembedahan mungkin adalah pilihan rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi (sepenuhnya)

Lumpektomi adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja

Prosedur membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang

Dalam mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.

bahaya sungguh kanser ni !! jadi mari lah kita sama2 menghindarkannya dan Periksalah payudara anda dengan kerap !

sekian !

Friday, 13 April 2012

Mitosis ? Apa kebendanya tu

--> fasa2 dalam mitosis :-
1. Profasa
2. Metafasa
3. Anafasa
4. Telofasa


> Kromosom kelihatan lebih tebal dan pendek serta boleh dilihat menerusi mikroskop cahaya.
> Gentian gelendong mula terbentuk dan memanjang antara sentriol dalam plasma.
> Setiap pasangan sentriol berpindah ke kutub bertentangan.
> Pada peringkat akhir, nukleolus hilang dan membran nukleus terurai.



> Bermula apabila sentromer semua kromosom tersusun sebaris di tgh2 sel.
> Gentian gelendong menetapkan kromosom dgn kromatidnya di Satah Khatulistiwa.
> Kromatid kembar masih terikat antara satu sama lain di sentromerdan berakhir apabila sentromer mula membahagi.



> Semasa anafasa, sentromer membahagi kpd 2 & kromatid kembar berpisah.
> Gentian gelendong mengecut & memendek manakala kromatid kembar tertarik ke kutub bertentangan.
> Pada akhir fasa, setiap kutub sel mempunyai 1 set kromosom yg lengkap & seiras.



Telofasa
> Bermula apabila kedua2 set kromosom tiba di kutub sel bertentangan.
> Kromosom membuka lingkarannya mnjadi lurus dan kromosom membentuk bebenang halus kromatin semula.
> Gentian gelendong menghilang & membrane nukleus serta nukleolus terbentuk semula.


saya memperolehi maklumat drpd : -



Hahaha, komik ni lawak lah, ade ke pulak otak pergi kat sebelah yang lagi satu tu :p

Thursday, 12 April 2012

Perbezaan bahagian kromosom, kitar sel dan sitokinesis

Apa itu Kromosom ?
- Kromosom merupakan unit asas DNA dalam sesuatu sel.


Kromatid pula ?
- Salah satu daripada dua salinan DNA yang membentuk kromosom diulang, yang dicantum pada sentromer, untuk proses pembahagian sel.

Kromatin ?
- Struktur bebenang panjang yg mengandungi bahan genetik DNA.



Kitar Sel ..





Kitar sel ialah suatu tempoh bermulanya peringkat sel baru dihasilkan sehinggalah peringkat sel tersebut selesai membahagi dan menghasilkan dua sel anak. Kitar sel dibahagikan kepada fasa interfasa dan fasa mitosis atau fasa M. Interfasa merupakan peringkat sel mengalami pertumbuhan dan untuk pembahagian sel yang seterusnya. Ianya juga dibahagikan kepada 3 fasa iaitu G1(pertumbuhan pertama), S(fasa sintesis) dan G2(fasa pertumbuhan kedua). Fasa M pula terbahagi kepada 4 iaitu Profasa, Metafasa, Anafasa dan Telofasa. Semasa profasa, kromosom kelihatan lebih tebal dan pendek. Gentian gelendong mula terbentuk dan memanjang dalam sitoplasma. Setiap pasangan sentriol berpindah ke kutub sel bertentangan. Pada akhir profasa, membran nukleus dan nukleolus hilang. Metafasa bermula apabila sentromer semua kromosom tersusun sebaris di tgh2 sel. Semasa anafasa, sentromer membahagi kepada 2 dan kromatid kembar berpisah. Pada akhir anafasa, setiap kutub sel mempunyai kromosom yg lengkap. Telofasa bermula apabila kedua2 set kromosom tiba di kutub sel bertentangan. Kromosom membuka lingkarannya dan menjadi lurus serta gentian gelendong dan membran nukleus muncul semula.


Sitokinesis ..










Sitokinesis ialah pembahagian sitoplasma. Ianyan berlaku selepas peringkat telofasa. Bagi sel haiwan, sitokinesis berlaku apabila membran plasma mencerut di bahagian tengah sel hingga putus. Bagi sel tumbuhan, citokinesis bermula apabila vesikel2 berkumpul di bahagian tengah sel di antara 2 nukleus. Vesikel2 ini akn brcantum dan membentuk plat sel. Plat sel berkembang ke arah luar sehingga bercantum dgn membran plasma yg asal lalu membahagikan kedua2 sel anak. Setelah selesai, sel baru akn memasuki fasa G1 peringkat interfasa semula.



sekian sahaja !

Wednesday, 11 April 2012

Kromosom ... macam pernah dengar ?

bhah ! mesti sume tertanya2 kan apa itu kromosom ? tak pon pernah dengar tapi dah lupa ? haha
ni lah gambar nya ~

Kromosom Manusia

> Kromosom merupakan unit asas DNA dalam sesuatu sel.

> Setiap kromosom terdiri drpd molekul DNA panjang yang terdiri drpd Gen.
   Gen2 ini menentukan sifat2 individu setiap organisma :)

> Kromosom juga terbahagi kepada kromosom diploid dan haploid.



Kromosom diploid..
> Setiap sel soma mengandungi 2 set kromosom dalam keadaan diploid (2n).

> Satu set berasal daripada ibu manakala satu lagi berasal daripada bapa. (pasangan Kromosom ini dipanggil Kromosom Homolog)

>Kromosom Homolog mempunyai ciri2 struktur yg serupa., so setiap set sel soma manusia terdiri drpd 23 pasang kromosom (2n=46)

Kromosom haploid..
> Sel gamet mengandungi hanya satu set kromosom (satu ahli drpd pasangan homolog).

> Sel gamet berkeadaan haploid = n.. jadi, bilangan kromosom dlm sel gamet manusia ialah 23 kromosom).


kromosom merupakan alat pewarisan yang diturun dari ibu-bapa kepada anak-anaknya. Jadi, cuba tngok muka kita dengan ahli keluarga., mesti ada yg nk dekat sama kan ? hahaha., tngok lah gambar saya dan abg tercinta :p

sama kan sama kan ? hehe..



jum kita tngok pula bilangan kromosom pada :-

manusia = 46



kucing = 38



katak = 26



bawang = 16



kubis= 18


sooo.. ada sebarang pertanyaan ? ~sekian~

Tuesday, 10 April 2012

Menyiasat Kepentingan Mitosis

ini adalah bahan makanan yang diperbuat daripada yeast (ibu roti) =D




sebagai bukti =p



Pembiakan Aseksual 



  
Binary Fission
>Organisma seperti bakteria membiak melalui Binary Fission.
>mereka terpisah kepada 2..so daripada 1 bakteria menjadi 2 bakteria !




Budding
>sama seperti Binary Fission, tetapi digunakan oleh tumbuhan dan sesetengah haiwan.. ianya juga tidak boleh split kepada dua seperti bakteria.




Spores
>Fungi .. contohnya : Cendawan mengeluarkan spores, dimana kemungkinan ianya pembiakan aseksual atau seksual ..
>aseksual spores ada bahan-bahan genetik di dalamnya ~




Pembiakan Vegetatif
>Sejenis pembiakan aseksual bagi tumbuhan.
>Proses pembiakan melalui batang, akar dan daun.
>Dalam proses ni, tumbuhan dapat biak tanpa memerlukan bijih benih atau spora..
>Genetik anak adalah sama dengan induknya..


Sekian Saja ~ hehheh ..

Monday, 9 April 2012

Sel ! =D

SEL -> unit yang berstruktur dan berfungsi dalam SEMUA organisma hidup
     -> unit yang PALING KECIL dalam sesuatu organisma !

contoh2 nye adalahh ~~

Sel Neuron





Sel Haiwan





Sel Darah Putih





Sel Kulit






Sel Parenkima






Sel kolenkima 





Sel sklerenkima 





Sel Xilem





Sel Floem