Wednesday 2 May 2012

Variasi



Justin Bieber XD


Do you have Bieber Fever ? haha

so da question for today ~


jika anda merupakan seorang doktor pembedahan plastik yang terkenal dan berkebolehan, suatu hari anda didatangi oleh seorang remaja lelaki dan meminta untuk mengubah muka asalnya menjadi seperti justin bieber. Adakah anda akan menolongnya atau tidak?

Saya tidak akan menolong remaja lelaki tersebut kerana pembedahan plastik hanya akan memberikan kesan buruk kepada seseorang.


1) Pembedahan plastik akan menjadikan muka seseorang itu semakin hodoh.
Bukti : apa yang diharapkan tidak kesampaian, malah wajah mereka lebih teruk dari wajah sebelum mereka melakukan pembedahan plastik. 


2) Pembedahan plastik akan menjejaskan diri.
Bukti : Selain mungkin mendatang kecederaan jangka panjang atau maut, ia juga boleh menghodohkan wajah seseorang itu jika berlaku kesilapan. 


3) Pembedahan plastik hanya akan merugikan duit.
Bukti : Jocelyn Wildenstein. Dia menghabiskan lebih 4 Juta US Dolar hanya untuk merubah rupa beliau kepada rupa seumpama raksasa.
Diambil dari : http://notakosong.com/gambar-mangsa-rupa-buruk-akibat-pembedahan-plastik/

4) Pembedahan plastik akan menyebabkan variasi manusia terganggu kerana merubah rupa semulajadi.
Bukti :  proses itu bukan sahaja menghodohkan wajah mereka, malah menampilkan rupa yang agak pelik dan ada yang agak menakutkan. 
Diambil dari :  http://sagahayat.blogspot.com/2011/08/jelitawan-dari-meja-bedah.html





Tuesday 1 May 2012

Kembar ?



zack and cody =p


jika anda merupakan seorang doktor bagaimanakah cara anda dapat membantu pasangan berkahwin mendapat anak kembar?

Saya akan menyuruh pasangan tersebut membuat rawatan  teknik persenyawaan luar rahim (IVF) kerana rawatan ini adalah rawatan yang paling mudah jika seseorang inginkan anak kembar :)



1) Sebab : IVF merupakan teknik yang tidak terlalu sukar.
Bukti : “Saya bersyukur apabila hanya dengan sekali proses IVF, saya disahkan hamil dan lebih menggembirakan mendapat sepasang cahaya mata yang comel.



2) Sebab : Rawatan IVF boleh dikawal.
Bukti : Dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim.
Diambil dari : http://nuriman.wordpress.com/2009/04/13/teringin-anak-kembar-seiras/



3) Sebab : Peratus bagi teknik IVF adalah lebih tinggi berbanding mengambil pil subur.
Bukti : peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10%, sedangkan mereka yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji[IVF], peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Monday 30 April 2012

MUTASI..






so .. soalan nya pada hari ini ~

jika anda merupakan seorang saintis, anda diminta untuk mencipta sejenis virus untuk mengatasi masalah populasi tikus (masalah tikus banyak dan merosakkan barang rumah) di kawasan perumahan. Virus tersebut boleh menyebabkan mutasi pada tikus. Apakah virus yang akan anda cipta? Mutasi dibahagian manakah yang anda ingini berlaku pada tikus itu.

Saya akan menciptakan virus yang akan melemahkan pergerakan tikus supaya mereka tidak dapat bergerak aktif..


1) Sebab : Tikus adalah haiwan yang boleh membawa penyakit kepada kita melalui pelbagai cara.
Bukti :  Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
Diambil dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm


2) Sebab : Penyakit Leptospirosis yang dibawa oleh tikus akan menjejaskan kesihatan manusia.
Bukti : Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.  
Diambil dari : 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index


3) Sebab : Tikus adalah haiwan yang kotor.
Bukti :  Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut. 
Diambil dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Friday 27 April 2012

Kejuruteraan Genetik



I respect your right to smoke,
but please respect mine not to.




Jika anda merupakan seorang saintis yang terlibat dengan kajian profesor Kazufumi Yazaki, adakah kamu akan memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut? berikan pendapat anda?


Saya bersetuju untuk memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut kerana rokok tanpa nikotin akan mengurangkan ketagihan perokok untuk merokok.


1) Sebab : Nikotin merupakan dadah yang kuat.
Bukti : Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan.



2) Sebab : Nikotin dalam rokok akan merbahayakan kesihatan tubuh badan kita.
Bukti Kadar nikotin yang dihisap akan mampu menyebabkan kematian apabila kadarnya lebih dari 30 mg. 



3) Sebab : Nikotin boleh menyebabkan perubahan yang tidak baik dalam badan kita.
BuktiPeningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.






Thursday 26 April 2012

Kultur ?

Sekiranya anda merupakan seorang saintis. Apakah tumbuhan yang akan anda kulturkan? berikan sebab?


Saya akan kulturkan bunga Orkid kerana ianya mahal jika dijual XD

Wednesday 25 April 2012

Karsinogen ~ adalah penyebab kanser..

Sekiranya anda merupakan seorang saintis, terangkan bagaimanakah cara anda memberitahu masyarakat mengenai bahan karsinogen yang terdapat dalam rokok dan daging panggang/sate?

Saya akan mengeluarkan satu artikel di internet dan menyatakan bahawa  rokok dan daging panggang/sate terdapat bahan karsinogen yang merbahaya di dalamnya. Saya juga akan merakam diri saya, dan bercakap kepada seluruh dunia tentang bahan karsinogen tersebut dan saya akan post kan video tersebut di YouTube.

Tuesday 24 April 2012

down's syndrome baby



Apakah pendapat anda mengenai meiosis tidak sempurna ?


Meiosis tidak sempurna adalah disebabkan kromatid kembar tidak terpisah semasa anafasa dan ini menyebabkan bilangan kromosom dlm setiap sel ank akan menjadi tidak sama dengan sel induk.